Friday 1 June 2012

AKTIVITI-AKTIVITI KELAB BUDI PENYAYANG


LAWATAN KE PUSAT DARAH NEGARA
Pada 14 Mac 2012, ahli kelab Budi Penyayang di bawah En. Noraimi , seramai 20 orang telah bersama-sama mengadakan lawatan ke Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Kami bertolak dari kampus pada jam 2.30 petang .Setibanya di sana , kami disambut oleh pegawai yang berkenaan seterusnya diberi sedikit taklimat ringkas tentang Pusat Darah Negara dan cara-cara untuk menderma darah di sana .

Menurut beliau, mereka sangat mengalu-alukan penderma darah buat masa ini. Dalam masa sehari , mereka memerlukan sekurang-kurangnya 600 tabung darah. Selain berkhidmat di pusat, mereka juga akan mengadakan kempen derma darah terbuka di kawasan-kawasan tertentu mengikut jadual.

Sebelum menderma darah , kami dikehendaki mengisi borang pendaftaran penderma. Setelah selesai mengisi borang, di kaunter pendaftaran, pegawai akan memastikan setiap penderma mempunyai kesihatan yang cukup baik dan berat badan mestilah sekurang-kurangnya 45kg. Jika penderma melepasi syarat-syarat tersebut , barulah pegawai mengambil sampel darah penderma. Akhir sekali, barulah mereka dibenarkan untuk menderma darah di dalam bilik khas yang disediakan.

Bagi penderma yang belum makan apa-apa sebelum menderma darah, mereka dikehendaki mengisi perut terlebih dahulu dengan sedikit makanan yang disediakan di sana. Hal ini untuk memastikan penderma tidak pitam ketika menderma darah.

Terdapat beberapa ahli kelab kami yang berjaya menderma darah pada hari itu. Aktiviti kami di sana selesai sekitar jam 4.30 petang dan selepas itu kami terus bertolak pulang ke kolej. Kami telah memperoleh pengalaman yang sangat berharga pada hari itu kerana berjaya untuk membantu segolongan pesakit di luar sana yang memerlukan darah untuk meneruskan hidup mereka .











KHIDMAT PENDIDIKAN DI PUSAT JAGAAN @ TASKI ILHAM
Pada 4 April 2012,saya bersama 7 orang rakan yang lain telah pergi ke Taski Ilham untuk melakukan khidmat pendidikan di sana. Kami berkumpul di sana pada pukul 8 pagi. Pada ketika itu, semua pelajar sedang bersedia unuk perhimpunan pagi. Perhimpunan pagi merupakan aktiviti harian mereka di sana .
Pusat Jagaan Ilham atau Taski Ilham ini ditubuhkan pada tahun 1988 , dengan kapisiti 30 anak-anak di bawah jagaan nursery. Kini , pusat ini dilihat sebagai medium keperluan anak-anak untuk persediaan ke peringkat pra-sekolah dengan kapasiti berjumlah 90 anak-anak pra-sekolah dan 10 tenaga pengajar .

Silibus yang diajar merangkumi perkembangan menyeluruh , iaitu selaras dengan objektif pendidikan pra-sekolah. Selain itu, pendidikan dari segi fizikal,kognitif sosio-emosi, moral(akhlak), kreativiti,perkembangan minda ,akademik dan agama(mengaji dan praktikal solat). Taski Ilham juga menyediakan aktiviti terancang dan alam sekitar yang kondusif . Tiga kumpulan menjadi sasaran tahunan iaitu kanak-kanak 4 tahun, 5 tahun, dan 6 tahun. Sesi pembelanjaran bermula pada 8 pagi dan berakhir pada 12 tengahari .Manakal sesi asuhan pada jam 8 pagi hingga 6 petang.

Visi Taski Ilham ialah melahirkan insan kamil, cemerlang didunia dan diakhirat. Manakala misi pula ialah bertindak menyediakan sumber pembelajaran secara menyeluruh dan membangunkan kualiti pengajaran mengikut kesesuaian tahap anak-anak. Taski menumpukan kemahiran mengira, mengenal, membaca, menulis, memahami, menghafal dan menghayati kepada anak-anak di situ.

Bagi memulakan sesi khidmat pendidikan , kami diagihkan mengikut kelas, iaitu setiap seorang dari kami akan bersama-sama cikgu tertentu mengendalikan sesuatu kelas. Saya telah bersama-sama dengan adik-adik 5 tahun sepanjang sesi khidmat pendidikan . Di dalam kelas , saya dan Cikgu Ita bersama-sama mengajar mereka mengira 1 hingga 10 dalam kelas pertama dan dalam kelas kedua, murid-murid diajar tentang Rukun Iman. Dan sesi terakhir dalam kelas, murid-murid diberi masa untuk bermain bersama-sama rakan mereka menggunakan permainan yang diberikan oleh Cikgu Ita. Aktiviti juga diadakan untuk menguji kekreatifan murid-murid di situ.

Setelah bersama-sama mereka hampir 2 jam, kami pun berangkat pulang ke kampus. Pelbagai pengalaman menarik saya peroleh sepanjang bersama-sama dengan adik-adik comel di Taski Ilham .









AKTIVITI MENCANTIKKAN LANDSKAP KOLEJ
Pada 23 Mei 2012 , semua ahli kelab Budi Penyayang telah bersama-sama membersihkan dan mencantikkan landskap di Blok C, kolej Kediaman Siswa Jaya. Aktiviti bermula pada jam 2.30 petang dengan taklimat daripada Puan Yati .
Kami diminta mengalihkan pasu-pasu bunga yang terdapat di sekeliling kerusi batu di hadapan pejabat ke tempat yang lebih sesuai. Selepas itu, pokok-pokok yang tidak sesuai ditanam di dalam pasu telah dikeluarkan dan di tanam di ruang tengah kafe kolej.
Kami juga membuang daun-daun layu dan rumput-rumput di dalam pasu . Pasu yang tidak digunakan lagi dibasuh dan di simpan didalam stor . Pada sesi terakhir, kami bersama Puan Yati dan Kak Shida memasang tempat air pancut di hadapan pejaabat. Menurut beliau, kos untuk landskap ini memakan belanja lebih kurang RM650 ,termasuk tempat air pancut, batu hiasan dan pokok-pokok hiasan yang baru.
Program kami tamat sekitar jam 4 petang dan sebelum pulang ke bilik masing-masing,kami menikmati makan petang yang telah disediakan oleh kolej .












No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
SMJE session 2 A11MJ0044 UTM international campus KL